Ahad, 2 Disember 2012

Tahukah anda Rahsia setiap pergerakan yang kita lakukan dalam Solat menyebabkan lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan,pergerakan dan pengenduran..Mari kita baca...

1.Berdiri
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara seimbang.Secara ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstrimiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.

2..Transisi
Pergerakan daripada satu kedudukan lain ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan, sistem kencing, jantung dan salur darah.

3.Takbir
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup.Waktu itu paru-paru mengembang dan otot diafragma mendatar.Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.

4.Rukuk
Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal,memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan.ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.

5.Thuma'ninah
Iaitu berhenti seketika.Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga  tubuh, hati dan fikiran kita menjadi segar kembali.

6.Sujud
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah di saluran vena.ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih mudah.

7.Duduk  Iftirasy
Duduk Iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha.Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh.Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan paha.

8.Salam
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher.Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.

.......Sumber dipetik daripada buku bertajuk "Mengapa RASULULLAH tidak pernah sakit" oleh Dr. Adi Hashman.(2011),PTS Millennia.Sdn.Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan