Ahad, 23 Disember 2012
Khamis, 20 Disember 2012
IBADAT TAHUN 4.
Bersuci daripada najis.
Pengertian : Najis ialah benda-benda kotor pada syarak yang menyebabkan ibadat seseorang itu tidak sah.
Najis terbahagi kepada dua bahagian iaitu najis aini dan najis hukmi.
Jenis-jenis najis pula ada 3 :
1.Najis MuMukhafafah.(najis ringan) 2.Najis Mutawassitah.(najis Pertengahan) 3.Najis Mughallazah.(najis berat.)
Contoh-contoh najis
Najis Mukhafafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur tidak lebih dua tahun yang hanya menyusu susu ibunya.
Najis Mutawassitah ialah darah,nanah,tahi manusia dan binatang,arak dan lain-lain selain daripada najis Mukhafafah dan Mughallazah.
Najis Mughallazah ialah anjing dan babi serta keturunan daripada keduanya.
Mari uji ingatan anda! Sila klik di sinihttp://www.scribd.com/share/upload/111415937/rshx4o0n98vjjr3w5k2

Isnin, 10 Disember 2012
Bengkel dan Amali solat jenazah murid-murid tahun 6 SKPPH pada mei 2012
Ustaz Azhar b. Mohammad sedang memberi penerangan tentang solat jenazah.
Bengkel, amali dan taklimat diadakan adalah untuk memberi gambaran sebenar tentang Solat Jenazah kepada murid-murid tahun 6 kerana ia merupakan satu fardu kifayah dan untuk murid-murid menguasainya dan bukan hanya belajar di bilik darjah sahaja.
Murid-murid berhadapan dengan 'mayat' (contoh dibuat oleh tenaga Guru Pendidikan Islam SKPPH) dan memberi tumpuan kepada penerangan cara-cara Solat Jenazah.
Bengkel, amali dan taklimat diadakan adalah untuk memberi gambaran sebenar tentang Solat Jenazah kepada murid-murid tahun 6 kerana ia merupakan satu fardu kifayah dan untuk murid-murid menguasainya dan bukan hanya belajar di bilik darjah sahaja.
Solat Jenazah ( Ibadat Tahun 6)
1.Pengertian : Solat yang dilakukan oleh orang Islam yang hidup ke atas mayat orang Islam.
2.Hukumnya : Fardu Kifayah.
3.Cara mengerjakan solat jenazah :
i)Berdiri tegak bagi yang mampu
ii)Berniat serta Takbiratulihram
*Mayat Lelaki : "Ussoli alaa haazal mayyiti arbaa' takbiiraati fardhol kifaayati ma'muuman lillahi taala"
*Mayat Perempuan : "Ussoli alaa haazal mayyitati arbaa' takbiiraati fardhol kifaayati ma;muuman lillahi
taala"
iii)Membaca surah Al Fatihah
iv)Bertakbir kali kedua, kemudian berselawat ke atas Nabi
v)Bertakbir kali ketiga, kemudian berdoa untuk si mati
vi)Bertakbir kali keempat, kemudian sunat membaca doa kepada jenazah
vii)Memberi salam.

Ahad, 2 Disember 2012
Tahukah anda Rahsia setiap pergerakan yang kita lakukan dalam Solat menyebabkan lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan,pergerakan dan pengenduran..Mari kita baca...
1.Berdiri
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara seimbang.Secara ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstrimiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.
2..Transisi
Pergerakan daripada satu kedudukan lain ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan, sistem kencing, jantung dan salur darah.
3.Takbir
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup.Waktu itu paru-paru mengembang dan otot diafragma mendatar.Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.
4.Rukuk
Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal,memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan.ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.
5.Thuma'ninah
Iaitu berhenti seketika.Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga tubuh, hati dan fikiran kita menjadi segar kembali.
6.Sujud
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah di saluran vena.ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih mudah.
7.Duduk Iftirasy
Duduk Iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha.Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh.Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan paha.
8.Salam
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher.Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.
.......Sumber dipetik daripada buku bertajuk "Mengapa RASULULLAH tidak pernah sakit" oleh Dr. Adi Hashman.(2011),PTS Millennia.Sdn.Bhd.

Sabtu, 1 Disember 2012
Soalan Aras Pengetahuan
1.Gariskan jawapan
yang betul dan isikan pada tempat kosong.
a) Bersuci bermaksud
membersihkan tubuh badan,pakaian dan persekitaran daripada_________________. ( benda kotor / najis )
b) Najis pula ialah
benda-benda __________________ ( bersih / kotor ) pada Hukum Syarak.
c) Najis terbahagi kepada
___________________. ( tiga / dua ) bahagian.
d) Jenis-jenis najis
pula ada _____________. ( tiga / dua ).
e) Najis ringan ialah
najis_______________. ( mutawassitah / mukhafafah )
f) Renjiskan air
mutlak pada tempat yang terkena najis merupakan salah satu cara menyucikan
najis ___________________. ( mutawassitah / mukhafafah )
g) Najis Mughallazah
ialah najis_________________________. ( sederhana / berat )
h) Darah ialah najis
________________________. ( sederhana / berat )
Langgan:
Catatan (Atom)