Khamis, 20 Disember 2012

IBADAT TAHUN 4.

Bersuci daripada najis.

Pengertian : Najis ialah benda-benda kotor pada syarak yang menyebabkan ibadat seseorang itu tidak sah.

 Najis terbahagi kepada dua bahagian iaitu najis aini dan najis hukmi.

Jenis-jenis najis pula ada 3 :

1.Najis MuMukhafafah.(najis ringan) 2.Najis Mutawassitah.(najis Pertengahan) 3.Najis Mughallazah.(najis berat.)

Contoh-contoh najis

Najis Mukhafafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur tidak lebih dua tahun yang hanya menyusu susu ibunya.

Najis Mutawassitah ialah darah,nanah,tahi manusia dan binatang,arak dan lain-lain selain daripada najis Mukhafafah dan Mughallazah.

Najis Mughallazah ialah anjing dan babi serta keturunan daripada keduanya.

Mari uji ingatan anda! Sila klik di sinihttp://www.scribd.com/share/upload/111415937/rshx4o0n98vjjr3w5k2

Isnin, 10 Disember 2012

Soalan Latihan solat Jenazah

Sila klik di sini : http://www.scribd.com/doc/116251387/soalan-jenazah

Bengkel dan Amali solat jenazah murid-murid tahun 6 SKPPH pada mei 2012

Ustaz Azhar b. Mohammad sedang memberi penerangan tentang solat jenazah.

Murid-murid berhadapan dengan 'mayat' (contoh dibuat oleh tenaga Guru Pendidikan Islam SKPPH) dan memberi tumpuan kepada penerangan cara-cara Solat Jenazah.




Bengkel, amali dan taklimat diadakan adalah untuk memberi gambaran sebenar tentang Solat Jenazah kepada murid-murid tahun 6 kerana ia merupakan satu  fardu kifayah dan untuk murid-murid menguasainya  dan bukan hanya belajar di bilik darjah sahaja.

Solat Jenazah ( Ibadat Tahun 6)

1.Pengertian : Solat yang dilakukan oleh orang Islam yang hidup ke atas mayat orang Islam.

2.Hukumnya : Fardu Kifayah.

3.Cara mengerjakan solat jenazah :
    i)Berdiri tegak bagi yang mampu
   ii)Berniat serta Takbiratulihram
      *Mayat Lelaki : "Ussoli alaa haazal mayyiti arbaa' takbiiraati fardhol kifaayati ma'muuman lillahi taala"
      *Mayat Perempuan : "Ussoli alaa haazal mayyitati arbaa' takbiiraati fardhol kifaayati ma;muuman lillahi
                                       taala"
  iii)Membaca surah Al Fatihah
  iv)Bertakbir kali kedua, kemudian berselawat ke atas Nabi
   v)Bertakbir kali ketiga, kemudian berdoa untuk si mati
  vi)Bertakbir kali keempat, kemudian sunat membaca doa kepada jenazah
  vii)Memberi salam.


Ahad, 2 Disember 2012


Nasyid di Majlis Konvo Pra sekolah JAWI 2008.


Tahukah anda Rahsia setiap pergerakan yang kita lakukan dalam Solat menyebabkan lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan,pergerakan dan pengenduran..Mari kita baca...

1.Berdiri
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara seimbang.Secara ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstrimiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.

2..Transisi
Pergerakan daripada satu kedudukan lain ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan, sistem kencing, jantung dan salur darah.

3.Takbir
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup.Waktu itu paru-paru mengembang dan otot diafragma mendatar.Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.

4.Rukuk
Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal,memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan.ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.

5.Thuma'ninah
Iaitu berhenti seketika.Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga  tubuh, hati dan fikiran kita menjadi segar kembali.

6.Sujud
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah di saluran vena.ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih mudah.

7.Duduk  Iftirasy
Duduk Iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha.Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh.Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan paha.

8.Salam
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher.Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.

.......Sumber dipetik daripada buku bertajuk "Mengapa RASULULLAH tidak pernah sakit" oleh Dr. Adi Hashman.(2011),PTS Millennia.Sdn.Bhd.

Sabtu, 1 Disember 2012


Soalan Aras Pengetahuan
1.Gariskan jawapan yang betul dan isikan pada tempat kosong.
a) Bersuci bermaksud membersihkan tubuh badan,pakaian dan persekitaran daripada_________________.  ( benda kotor / najis )
b) Najis pula ialah benda-benda __________________ ( bersih / kotor ) pada Hukum Syarak.
c) Najis terbahagi kepada ___________________. ( tiga / dua ) bahagian.
d) Jenis-jenis najis pula ada _____________. ( tiga / dua ).
e) Najis ringan ialah najis_______________. ( mutawassitah / mukhafafah )
f) Renjiskan air mutlak pada tempat yang terkena najis merupakan salah satu cara menyucikan najis ___________________. ( mutawassitah / mukhafafah )
g) Najis Mughallazah ialah najis_________________________. ( sederhana / berat )
h) Darah ialah najis ________________________. ( sederhana / berat )

Jumaat, 30 November 2012

Doa Dhuha


Salah satu sifat wajib bagi Allah ialah Wahdaniah.


WAHDANIAH

Pengertiannya

Allah maha Esa atau Tunggal.Ertinya zat, sifat dan perbuatan Allah tidak serupa dengan makhluk ciptaanNya.


Kesan Beriman Dengan Wahdaniah

1.Taat pada perintah Allah.
2.menjauhkan diri daripada larangan Allah.
3.Mengukuhkan keimanan kepada Allah.
4.Tidak menyekutukan Allah.

Akibat Tidak beriman dengan Wahdaniah

1.Mengingkari perintah Allah.
2.Suka melakukan Maksiat.
3.Mensyirikkan Allah.
4.Mendapat kemurkaan Allah.


Soalan Ujian


Tuliskan  (BETUL) pada faedah orang yang mengambil berat tentang dosa dan pahala.

1.                   Akan mendapat nikmat syurga di akhirat kelak. (……………)

2.                   Mendapat kesejahteraan hidup di dunia. (……………)

3.                   Dipulaukan dan disisihkan oleh masyarakat. (……………)

4.                   Diredhai dan disayangi oleh Allah. (……………)

5.                   Menjadi hamba Allah yang patuh dan taat. (……………)

6.                   Mendapat kemewahan hidup. (……………)

7.                   Mendidik peribadi berakhlak mulia. (……………)

8.                   Dihormati rakan dan disenangi masyarakat. (……………)

9.                   Mendapat kejayaan di dalam pelajaran. (……………)

10.               Disayangi oleh ibu bapa. (……………)

Kalau mahu 'A' dalam Pendidikan Islam,mestilah... melakukan perkara-perkara sunat disamping amalkan perkara-perkara wajib.Perkara-perkara sunat tersebut ialah Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Dhuha dan berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis.

Selasa, 27 November 2012

utama

Sedikit nota boleh dirujuk mulai saat ini.Harap ia memberi manfaat pada semua...

Selasa, 25 September 2012

Assalamualaikum adik-adik !
Terima kasih kerana layari blog ustazah. Untuk pengetahuan semua, blog ustazah akan menyediakan nota-nota penting subjek Pendidikan Islam khusus untuk tahun 4 hingga 6. Pada mulanya Blog ini dibina sekadar memenuhi tugasan KRT Sekolah Rendah semester 2,PPGPJJJ di UPSI sahaja,walaubagaimanapun setelah diteliti tanggungjawab menyampaikan ilmu,maka Blog ini akan diisi dengan nota-nota Pelajaran Pendidikan Islam bagi memudahkan adik-adik sekolah rendah mengulangkaji dengan mudah di mana sahaja anda berada. Isikan masa lapang adik-adik dengan ilmu yang bermanfaat di bolg ini. Semoga adik-adik dapat mengamalkan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan.