Khamis, 10 Januari 2013

Akidah Tahun 5

Sifat Iradat 
1.Maksudnya Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu.

2.Kita sebagai seorang Islam, WAJIB beriman bahawa Allah bersifat Iradat.

3.Dalil wajib beriman : Firman Allah Taala dalam surah al Buruuj ayat 16 yang bermaksud :Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Tujuan beriman dengan sifat Iradat Allah
1. Redha dengan Iradat.
2. Berikhtiar.
3.Berkeyakinan.
4..Iman menjadi kuat.
5.Sabar menghadapi ujian Allah.
6.Tidak berputus asa.
7.Bertawakkal kepada Allah.

Akibat mengingkari sifat Iradat Allah.
1.Putus asa.
2.Merosakkan iman.
3.Malas berusaha.
4.Suka menyalahkan orang lain.
5.Sombong.
6.Lupa diri.


Khamis, 20 Disember 2012

IBADAT TAHUN 4.

Bersuci daripada najis.

Pengertian : Najis ialah benda-benda kotor pada syarak yang menyebabkan ibadat seseorang itu tidak sah.

 Najis terbahagi kepada dua bahagian iaitu najis aini dan najis hukmi.

Jenis-jenis najis pula ada 3 :

1.Najis MuMukhafafah.(najis ringan) 2.Najis Mutawassitah.(najis Pertengahan) 3.Najis Mughallazah.(najis berat.)

Contoh-contoh najis

Najis Mukhafafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur tidak lebih dua tahun yang hanya menyusu susu ibunya.

Najis Mutawassitah ialah darah,nanah,tahi manusia dan binatang,arak dan lain-lain selain daripada najis Mukhafafah dan Mughallazah.

Najis Mughallazah ialah anjing dan babi serta keturunan daripada keduanya.

Mari uji ingatan anda! Sila klik di sinihttp://www.scribd.com/share/upload/111415937/rshx4o0n98vjjr3w5k2

Isnin, 10 Disember 2012

Soalan Latihan solat Jenazah

Sila klik di sini : http://www.scribd.com/doc/116251387/soalan-jenazah

Bengkel dan Amali solat jenazah murid-murid tahun 6 SKPPH pada mei 2012

Ustaz Azhar b. Mohammad sedang memberi penerangan tentang solat jenazah.

Murid-murid berhadapan dengan 'mayat' (contoh dibuat oleh tenaga Guru Pendidikan Islam SKPPH) dan memberi tumpuan kepada penerangan cara-cara Solat Jenazah.




Bengkel, amali dan taklimat diadakan adalah untuk memberi gambaran sebenar tentang Solat Jenazah kepada murid-murid tahun 6 kerana ia merupakan satu  fardu kifayah dan untuk murid-murid menguasainya  dan bukan hanya belajar di bilik darjah sahaja.

Solat Jenazah ( Ibadat Tahun 6)

1.Pengertian : Solat yang dilakukan oleh orang Islam yang hidup ke atas mayat orang Islam.

2.Hukumnya : Fardu Kifayah.

3.Cara mengerjakan solat jenazah :
    i)Berdiri tegak bagi yang mampu
   ii)Berniat serta Takbiratulihram
      *Mayat Lelaki : "Ussoli alaa haazal mayyiti arbaa' takbiiraati fardhol kifaayati ma'muuman lillahi taala"
      *Mayat Perempuan : "Ussoli alaa haazal mayyitati arbaa' takbiiraati fardhol kifaayati ma;muuman lillahi
                                       taala"
  iii)Membaca surah Al Fatihah
  iv)Bertakbir kali kedua, kemudian berselawat ke atas Nabi
   v)Bertakbir kali ketiga, kemudian berdoa untuk si mati
  vi)Bertakbir kali keempat, kemudian sunat membaca doa kepada jenazah
  vii)Memberi salam.